Khamis

Villa Nabila Bakal Di Filemkan Oleh Metrowealth

Villa Nabila

Villa Nabila sememangnya popular dengan kisah seramnya apatah lagi sejak kebelakangngan ini ia menjadi buah mulut ekoran kononnya kehilangngan 30 orang pelajar yang membuat expidisi ke villa berkenaan.Walaubagaimanapun cerita berkenaan dinafikan pihak polis ekoran seorang sahaja yang sah dilaporkan hilang.

Namun misteri kehilangngan pelajar berkenaan berakhir setelah pihak polis mendapati pelajar berkenaan bukannya hilang sebaliknya menginap di rumah rakannya.Sungguhpun begitu Villa Nabila merupakan diantara tempat yang paling SERAM di Malaysia.

Devid Teo

Disebabkan Villa Nabila ini hangat diperkatakan,pihak Metrowealth yang baru-baru ini popular dengan kejaan filem Highland Tower bercadang ingin mengetengahkan kisah Villa Nabila ini dalam bentuk filem.Namun demikian segalanya masih dalam perancangan oleh Metrowealth Production.


Ulasan Devid Teo


Ahad

Bunker Bawah Tanah Di Temui Di Neenah US



Selepas lebih sedekad menduduki rumah yang dibeli pada tahun 1999 di Neenah Amerika Syarikat,Ken Zwick dan Carol Hollar-Zwick telah menemui Bunker bawah tanah di belakang rumah mereka.Menurut Zwick dan Carol semasa membeli rumah tersebut daripada pemilik asal,mereka difahamkan bahawa rumah tersebut memiliki bilik perlindungan bawah tanah tetapi tidak menyedarinya sehingga ia ditemui pada 2010.


Menurut rekod bandar, kubu tersebut dibina pada tahun 1960 oleh Frank Pansch, seorang pakar bedah tempatan sebagai tempat perlindungan semasa perang dingin Amarika.Pakar perang dingin menganggarkan kos pembinaan kubu tersebut dianggarkan sekitar $1200 hingga $1500 US dolar.Bunker tersebut lengkap dengan sistem bekalan electrik,paip,tandas,pengudaraan dan talian telifon.


Semasa ditemui bunker tersebut siap dilengkap bekalan makanan yang mampu menampung enam orang untuk tempoh dua minggu.Antara barangan lain yang ditemui adalah berupa pakaian, bekalan perubatan, peralatan, lampu suluh dan bateri.









Rabu

LUKISAN 3D YANG LUAR BIASA DARIPADA KENG LYE

Lukisan Seakan Hidup

Keng Lye pelukis yang berasal dari Singapura membuat lukisan 3D luar biasa melalui proses yang teratur iaitu lapisan atas lapisan diatas lapisan resin.Beliau menuangkan lapisan nipis resin ke dalam mangkuk kemudian mewarna setiap lapisan dengan luar biasa terperinci. Ia mengambil masa lebih dari 25 jam untuk menyelesaikan setiap keping lukisannya.

Mari kita saksikan betapa hidupnya lukisan yang dihasilkan Keng Lye..










Ahad

Gambar Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim

Selebriti Fizo Omar 28 tahun dan pemilik kepada Hot Burger ini hari ini telah selamat melansungkan majlis pernikahannya dengan pengurus kepada Tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim 24 tahun di kediaman pihan perempuan di Country Heights, Kajang pagi tadi dengan sekali lafas dan mendapat siaran secara langsung oleh Tv9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O.


Secara ringkasnya Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun yang lalu dalam pertemuan pertama kali mereka di pejabat Fareeda di Bangi Selangor atas urusan kerja.Sejak pertemuan tersebut Fizo dan Mawar mula mengenali antara satu sama lain,namun khabarnya Fizo berjaya menawan hati dan mendapat nombor telifon Mawar setahun kemudian sejak pertemuan pertama mereka.


Fizo dan Mawar telah mengikat tali pertukangngan mereka sehari sebelum hari pernikahan mereka iaitu 9 November 2013 juga di kediaman sebelah Mawar manakala majlis berinai dilakukan malam tadi.Dalam majlis pernikahan mereka,pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00.Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.


Manakala pihak perempuan pula menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.Fizo dan Mawar memaklumkan bahawa mereka akan ke eropah untuk berbulan madu.Admin mendoakan semoga perkahwinan mereka berbahagia ke akhir hayat..TAHNIAH kepada Fizo dan Mawar.

















Sabtu

Dua Awek Cun Hacker China

Secara fomal kita tak menyangka dua gadis cun,manis berasal dari China ini sebenarnya adalah Hacker yang cukup dikenali di China malah seluruh Dunia.

1 . Xiao Tian




Xiao Tian, dikenali sejak berumur 19 tahun,pernah melakukan serangngan terhadap search engine nombor satu dunia iaitu Google bersama dengan China Girl Security Team.Xiao Tian dan teamnya melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastruktur Google di China. Disebabkan tidak tahan dengan serangan Team Xiao Tian, Google telah bertindak menutup smua operasinya di China.China-Girl-Security-Team.

2 . Ying Kracker





Ying Kracker, memiliki wajahnya yang manis dan cantik membuat ramai yang tak menyangka bahawa beliau adalah seorang hacker. Berkerja sebagai seorang guru di Shanghai, China.Ying mengajar langkah-langkah awal sebagai proses hacking, seperti manipulasikan IP Address dan bagaimana manipulasikan password. Ying juga merupakan seorang ahli dalam membuat software khususnya mengenai dunia hacking.