Khamis

Jumlah Penduduk Dunia 2012



Tahukan anda,berapakah jumlah penduduk dunia hari ini?kalau anda nak tahu,angka populasi penduduk dunia setakat 8 Mac 2012 telah pun mencecah angka 7 bilion orang.Bayi yang ke tujuh bilion,lahir kat Filipina yang diberi nama sebagai Danica seberat 2.5 kilo,lahir dua minit sebelum tengah malam di Jose Fabella Hospital, Manila.Filipina merupakan sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara yang ke 12 paling padat di dunia.


Di masa yang akan datang, kehidupan di dunia akan semakin sesak.Populasi penduduk dunia sentiasa bertambah sediap detik.Menurut kajian setiap tahun, jumlah penduduk dunia bertambah sekitar 83.3 juta orang.Pertambahan jumlah penduduk sebanyak 83.3 juta orang pertahun dihitung dari perkiraan setiap 12 tahun penduduk dunia mengalami bertambah sebanyak satu bilion orang.Dengan kadar penduduk dunia ketika ini mencecah 7 bilion, Anggaran yang dibuat,populasi penduduk dunia 36 tahun akan datang atau sekitar tahun 2048,menjangkau angka 10 bilion orang.


Daripada angka 7 bilion orang penduduk dunia tiga perempat daripada jumlah tersebut adalah tinggal di Asia.Ini bermakna Asia merupakan mempunyai populasi yang paling ramai dan padat di dunia. Tujuh daripada sepuluh negara berpenduduk terbanyak di dunia adalah berada di Asia.Berikut adalah senarai top 10 negara-negara yang mengalami kepadatan penduduk terbanyak di dunia.
Top 10 Carta Populasi Penduduk Dunia 2012 :
  1. China 1,336,718,015
  2. India 1,189,172,906
  3. United States 311,050,977
  4. Indonesia 245,613,043
  5. Brazil 203,429,773
  6. Pakistan 187,342,721
  7. Nigeria 165,822,569
  8. Bangladesh 158,570,535
  9. Russia 138,739,892
  10. Japan 127,469,543


Negara kita Malaysia berada di rangking yang ke 43 dengan jumlah kepadatan penduduk seramai 28 juta orang.

Apple - ipad 3"HD"

Mari kita saksikan koleksi gambar khabar angin ipad 3"HD"

Dua kamera untuk FaceTime dan rakaman video HD. Cip A5 dual-core. 10-jam hayat bateri.Lebih 200 perisian ciri-ciri baru dalam IOS 5. Dan iCloud. Semua dalam satu reka bentuk yang sangat nipis, ringan. Ia menakjubkan.



Teknologi didahulukan


IPad 3 atau ipad HD,memperkenalkan reka bentuk yang inovatif. Ipad 3"HD" hanya setebal 0,34 inci dan berat hanya 1,33gram, membuatkannya selesa di tangan anda.Dan ia membuatkan melayari web, memeriksa e-mel, menonton filem dan membaca.




Giro,Pecutan Dan Kompas

Dengan terbina dalam pecutan, anda boleh memutarkan iPad secara potret atau landskap.Walaupun terbalik, dan apa sahaja yang anda tontonton, membaca, atau melihat menyesuaikan sesuai dengan paparan. Dan kini pecutan, giroskop tiga-paksi, dan kompas.Epal merasakan yang iPad kearah menuju kehadapan sepertimana ia bergerak. Jadi permainan, peta, dan aplikasi lain tahu setiap twist anda, sebaliknya, kecondongan, 360. Dan ia hanya permulaan yang lebih baik daripada sentiasa aplikasi iPad.



Pelbagai-Touch 
Semua di hujung jari anda

Dengan iPad, anda menggunakan jari untuk melakukan segala-galanya. Dan terima kasih kepada teknologi Multi-Touch, semua yang anda lakukan - melayari web, menaip e-mel, membaca buku-buku, swipe melalui gambar, dan menukar antara apps - adalah lebih mudah dan banyak yang lebih menyeronokkan.Apabila jari anda menyentuh paparan, deria mereka menggunakan medan elektrik. Maka ia serta-merta mengubah paip, swipes anda, Pinches, dan selakan ke dalam tindakan seperti hidup. 


Dual Camera

Anda akan melihat dua kamera pada iPad - satu di depan dan satu di belakang.Ia direka untuk membuat panggilan video FaceTime, dan ia bekerja bersama supaya anda boleh bercakap kepada orang kegemaran anda dan melihat mereka tersenyum dan ketawa kembali pada anda.Kamera belakang semasa panggilan video anda untuk berkongsi di mana anda berada, yang anda dengan, atau apa yang berlaku di sekeliling anda.


Paparan LED-backlit. 
Pandangannya adalah menakjubkan

iPad adalah besar, paparan skrin yang indah iaitu 9.7 inci tinggi resolusi gambar, filem, laman web, buku, dan banyak lagi. LED membuat semua backlighting yang anda lihat sangat mengkagumkan, terang dan cerah. Ia bertujuan untuk menunjuk-nunjuk segala-galanya dalam potret dan landskap, jadi dengan setiap selekoh (walaupun terbalik), paparan menyesuaikan sesuai. Kerana ia menggunakan teknologi paparan yang dipanggil IPS (pensuisan dalam-satah), ia mempunyai luas, 178 ° tontonan sudut. 



Selasa

Dari Game Ke Blog


Salam perkenalan kepada semua pembaca,entri kali ini saya ingin membawa anda kepada pengalaman saya berkenaan game online dan blog.Sebenarnya permulaan saya terjerumus dalam dunia game ni adalah kerana saya sendiri yang terlalu taksub terhadap kesan grafik sesebuah game masa kini.Ekoran itu saya selalu mengujungi Summit Mall kat Subang USJ untuk membeli dvd game disamping sofware komputer.Dalam banyak-banyak dvd game yang saya beli hanya satu game yang saya main sampai habis iaitu "Call Of Duty",yang lainnya berhabuk macam tu sahaja.


Rose Online

Dari game ofline saya berarah pulak ke game online.Rose Online merupakan game online yang pertama saya main atas ajakkan kawan saya sendiri.Rose Online ni tak cantik mana pun grafiknya,apa yang menariknya adalah jumlah pemain yang online main game tersebut disamping sistem gamenya yang menarik untuk dimainkan.Dalam game Rose Online saya hampir mempunyai kesemua chart yang ada pada game tersebut dan yang menariknya kesemua chart saya dah max level iaitu level 220.Antara chart yang saya main adalah Champion,Cleric,Mage,Deler dan hawker.Disamping itu juga dalam game ini saya telah menghabiskan hanpir RM 2000 ringgit untuk topup game tersebut,gila tak gilakan.Setelah hampir setahun main game Rose Online  saya dah mula bosan.Saya selalu menonton youtube untuk mencari game-game online yang menarik untuk dimain.


Perfect World

Cari punya cari saya jumpa game Perfect World Online dan mula bermain Perfect World Online tapi malangnya Perfect World tak masuk dalam jiwa saya lalu saya tinggalkan.Perfect World saya hanya sempat membuat chart Assasin level 26.Selepas meninggalkan Perfect World saya main pula game yang tengah Top sekarang ni iaitu Dragon Nest Online "SEA"dimana ia baru open beta pertengahan tahun lepas.Dalam Dragon Nest "SEA" ni saya ada chart Priest dan Alemantal Lord,kedua duanya max level iaitu level 32.Setelah pihak GM update level cap yang baru iaitu level cap 32 ke level cap 40 saya dah mula meninggalkan Dragon Nest "SEA"ekoran selalu pening bila Online"main".



Dragon Nest

Dari Dragon Nest "SEA" saya beralih pula kepada game Cabal "SEA"Online.Terus terang saya katakan,Cabal Online sangat menarik untuk di main disamping Skill pertarungngannya yang agak unik dan berbeza daripada game online lain terutamanya chart Force Blade yang memiliki skill assasin yang sangat unik sekali.Force Blade adalah chart pilihan saya ketika bermain Cabal "SEA" dimana levelnya dah pun menjangkau level 122 serta Force Ancher level 88.Semasa bermain Cabal Online saya juga aktif main game online lain seperti Jade Dynasty.Jade Dynasty merupakan salah satu game yang menyeronokkan disamping kesan grafiknya cantik yang menyerupai dunia nyata.Antara chart-chart yang saya miliki dalam Jade Dynasty ialah ARDEN level 74,CELAN level 48,JADEON level 71 dan VIM level 64.


Cabal SEA online

Mungkin anda tertanya-tanya apa kaitan "game" dengan "Blog"?Ok,mari saya ceritakan.Sebelum tu saya ingin memberitahu anda bahawa aktiviti lain yang saya lakukan selain main game online adalah saya mengambil upah untuk membuat komputer bagi yang berminat"maksud saya beli dan pasang,siap.Ok,kisahnya bermula pada suatu hari dimana ada seorang kawan saya ni hendak membeli sebuah set komputer.Apa lagi sayalah yang menjadi mangsa.Disebabkan sibuk untuk menyiapkan komputer kawan saya ni,saya dah ketingalan sehari bermain game online.


Jade Dynasty Online

Kalau anda nak tahu bermula disitulah saya mula meninggalkan kesemua game online yang telah saya main.Entak kenapa sejak dari hari itu hati saya mula tawar untuk bermain game online,mungkin saya tak jumpa sebuah game online yang benar-benar serasi dengan jiwa saya kot.Sejak dari situlah saya kembali pada aktiviti asal saya iaitu ber"BLOG" untuk pengetahuan anda semua, saya mula berblog pertengahan tahun 2010 lagi tetapi tinggal basi begitu sahaja.So sekarang saya berada di arena "BLOG"kembali di LYICK the blog,sekian saja buat kali ini ok.

Kalau anda berminat main game online anda boleh mengunjungi laman web ni,kat sini ada beratus game online dari serata dunia yang anda boleh download : http://mmohut.com/

NJOY TV Satelit Malaysia Percuma Dari Astro

Astro menawarkan TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk dinikmati oleh penduduk malaysia iaitu ANJOI.Ia meliputi siri rancangan seperti pembelajaran,infomasi,hiburan serta sukan.Walaupun perkhidmatan tersebut ditawarkan secara percuma namun para pengguna perlu mendapatkan dekoder khas daripada Astro untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.




NJOI akan diperkenalkan melalui tiga fasa.Dalam fasa pertama, Astro merancang untuk mengagihkan 50,000 set dekoder NJOI dan piring satelit kepada penerima yang disenaraikan dalam pangkalan data program eKasih.Inisiatif ini membolehkan  komuniti berpendapatan rendah, badan-badan sosial serta kebajikan untuk menikmati secara percuma saluran NJOI.



Dalam fasa kedua, perkhidmatan NJOI akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2012, yang membolehkan para pelanggan membeli set dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran serta membuat pemasangan tanpa yuran langganan.

Dalam fasa ketiga pula,para pelanggan diberi pilihan untuk membeli program-program tambahan yang diminati dari senarai menu yang menarik melalui mekanisma pra-bayar yang boleh didapati pada pertengahan tahun 2012.


Saluran-saluran Astro yang termasuk dalam NJOI akan meliputi saluran pendidikan yang berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM.Selain itu, saluran hiburan informasi yang boleh didapati dalam NJOI adalah sepertiAstro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang,Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan 19 stesen radio.


NJOI membolehkan orang ramai mengakses kepada kandungan yang memperkayakan informasi yang terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran.Astro akan terus melabur dalam melahirkan bakat-bakat, kreativiti dan teknologi dan berhasrat untuk menyediakan kandungan yang berkualiti.

Isnin

Perempuan Dan Cinta Ilahi

Jum Layan


Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, 
yang mencipta segalanya, 
yang menimpakan ujian, 
yang menimbulkan sakit hatimu, 
yang membuatkan keinginanmu terhalang, 
serta menyusahkan hidupmu, 
pasti akan damailah hatimu 
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan 
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, 
bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu, 
retaknya hatimu, 
tapi mungkin itulah yang Dia mahu 
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah 
selalunya lebih hidup 
dan mudah untuk hampir dengannya.. 

Perempuan yang suci adalah 
perempuan yang dijaga oleh ALLAH, 
tidak sedikit pun ALLAH memnbenarkan 
mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya, 
kerana ALLAH teramat mencintainya, 
tetapi.... 
andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, 
di mana kita hendak mencari redha ALLAH? 
bagaimana untuk kita merebut cinta Illahi? 
jangan biarkan hidup kita dikuasai 
cinta duniawi..cinta nafsu.. 
kerana cinta ALLAH melebihi cinta segala-galanya.... 
bersama kita merebut cinta ILLAHI..


Perempuan Adalah Sangat Indah Seindah Kasih Ilahi