Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Sabtu

Kubu Sylvia "Kapit"



Kubu Sylvia

Kubu Sylvia ini asalnya dibina ntuk menghalang perpindahan lanjut orang Iban ke hilir lembah sungai Rajang, yang telah menimbulkan pertelingkahan dengan Orang Ulu. Raja Charles Brooke membina Kubu Baleh di Nanga Balleh, perjumpaan sungai Rejang dan Baleh antara Kanowit dan Song pada akhir 1874. Raja Charles Brooke hampir lemas di sini pada tahun 1877 apabila botnya terbalik dalam arus deras. Dia meninggalkan kubu ini pada tahun 1878, dan menggantikannya dengan kubu baru yang terletak lebih di hilir sungai pada tahun 1880. Kubu Kapit yang baru dibina sepenuhnya daripada balak pokok ‘belian’ dengan dinding yang tebal bagi menahan serangan.


Pada 16 November 1924, satu upacara keamanan antara orang Iban, Kayan, Kenyah dan Kajang diadakan di sini dengan kehadiran Raja Charles Brooke. Pada tahun 1925, Kubu Kapit dinamakan semula sebagai Kubu Sylvia sempena Rani Sylvia Brooke (Maharani). Ketika 1960-an, kubu ini menempatkan Pegawai Daerah dan Bangunan Mahkamah Daerah, dan kemudiannya Pejabat Residen selepas pembentukan Bahagian Kapit pada tahun 1973.

Pada May 1997, kubu ini diistiharkan sebagai tapak sejarah dan kini dikendalikan oleh Yayasan Tun Jugah sebagai sebuah muzium. Ia memaparkan himpunan seni etnik dan kerja tangan dan dokumen berkait dengan sejarah Kapit, tembikar warisan, meriam gangsa, plak tembaga dan gambar pemimpin masyarakat lalu.

Petikan daripada : wikipedia.org

Selasa

Daerah Belaga Sarawak

Pekan Belaga

BELAGA,merupakan sebuah daerah yang terpencil yang terletak di pendalaman Sarawak Malaysia.Daerah Belaga terdiri daripada penduduk yang berbilang suku kaum diantaranya Kenyah,Kayan,Penan,Punan,Kejaman,Sekapan,Lahanan,Melayu,Ukit,Seping,Iban,Tanjung dan Sihan serta cina.Jumlah penduduk yang mendiami daerah ini dianggarkan seramai 20000 orang.Pertanian merupakan sumber utama ekonomi di sini dan pengangkutan utama pula merupakan jalan air dan diikuti jalan darat yang menghubungkan Daerah Belaga dengan Daerah Bintulu serta Bakun.

Pemandangan Pekan Belaga

Tidak diketahui dengan jelas dari mana Daerah Belaga ini mendapat namanya.Cuma Pendapat umum menyatakan bahawa sebatang sungai yang bernama Batang Belaga, iatu anak sungai Batang Balui, menjadi punca kepada nama daerah ini.Ketika zaman pentadbiran kerajaan Brooke dan seterusnya pentadbiran kolonial Inggeris, Belaga merupakan pekan kecil yang diletak dibawah naungan daerah Kapit.

Gambar Pekan Belaga

Pegawai Inggeris dan seterusnya anak tempatan yang berjawatan Native Officer mendapat arahan dari Pegawai Daerah Kapit.Kedudukan ini berterusan sehinggalah pada pertengahan tahun 1970’an dimana statusnya dinaikkan ke taraf daerah penuh.Di dalam menjalankan tugas, pentadbiran berpusat di pekan Belaga dimana pada suatu ketika dahulu Kubu Vyner didirikan.Kubu ini bukan sahaja berfungsi sebagai pejabat kerajaan malah menjadi benteng mempertahankan pekan Belaga dari serangan musuh.Sejarah awal mendapati bahawa memang sudah ujud kaum yang mendiami daerah ini.

 Pejabat Daerah Pekan Belaga

Kaum Kajang dikatakan telah mendiami kawasan tebingan sungai hulu batang Rajang dan hilir batang Balui sejak lebih seratus tahun yang lalu.Kaum Penan yang pada mulanya berpindah randah ( hunter gatherers ) mula duduk secara tetap sejak awal tahun 1970’an di kawasan sungai Danum, sungai Linau, sungai Plieran dan long Urun.Kaum Kayan dan Kenyah pula dipercayai berasal dari Apo Kayan, iaitu suatu penempatan yang besar terletak di sungai Mahakam, Kalimantan, Indonesia.Mereka berhijrah ke Belaga menyusuri sungai Balui dan terus menetap disitu sejak pertengahan abad ke 19.

Klinik Pekan Belaga

Orang Melayu dan Cina dipercayai datang dari kawasan sekitar Sibu dan berhijrah ke Belaga pada sekitar tahun 1900.Dari corak penghijrahan mereka menentukan pola penempatan kaum-kaum berkenaan.Masyarakat orang Melayu dan Cina mendiami kawasan pekan Belaga, manakala kaum Kayan dan Kenyah tinggal di kiri dan kanan sungai Balui.Kebanyakan kaum Kajang mendiami tebingan sungai di hilir sungai Balui terutamanya di kawasan bawah long Murum (dimana terletaknya projek hidro Bakun).

Pejabat Pos Pekan Belaga

Dengan adanya corak penempatan sedemikian, maka sebahagian besar daerah Belaga tidak dihuni oleh manusia.Kampung dan rumahpanjang terdapat di kawasan tebingan sungai utama khususnya sungai Balui. Dengan berpindahnya 15 buah rumah panjang ke Skim Penempatan Baru Sungai Asap dari ulu sungai Balui pada pertengahan tahun 1998, maka corak penempatan masyarakat di daerah ini mula berubah ekoran dari pembinaan HEP Bakun dan siap terbinanya lebuhraya Bintulu-Bakun pada pertengahan tahun 2000.