Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Ahad

Shila Amzah~Setia Hujung Nyawa

Shila Hamzah..


Shila Amzah

Sudahkah anda menonton klip video diatas ini..kalau dah apa pandangan anda pada si Shila terhapap CINTAnya terhadap bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad?Kat sini apa yang saya boleh beritahu anda adalah betapa sayangnya si Shila pada Bekas kekasihnya Sharnaaz walaupun cinta mereka tak seteguh drama setia hujung nyawa namun melalui luahan video diatas ini kita dapat melihat betapa besarnya kasih sayang Shila terhadap cintanta yang tak kesampaian..mungkin anda juga pernah mengalamainya bukan,tapi siapa yang tahu..apa yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa pada tuhan yang maha esa..kerana dia lebih mengetahui..pesanan pada Shila,moga Shila dapat mengharungi perjalan nakhodanya yang penuh cabaran dan dugaan dengan TABAH..Apa yang berlaku hari ini adalah pengajaran untuk hari esok..mungkin esok lebih baik daripada hari ini..siapa yang tahu!

Sebelum anda beredar cuba hayati lirik lagu dibawah ini..

Lirik Lagu Ombak Rindu :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku.

Kalau anda minat Shila Amzah jangan lupa bertanya khabar padanya kat sini..

Koleksi Mutiara Kata Part 4


Koleksi Mutiara Kata Pilihan

1.Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

2.Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.. 

3.Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan...

4.Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

5.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

6.Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

7.Sekiranya cinta kamu tidak bersatu dengannya, jangan sesekali melukai perasaannya dengan kata-kata yang kasar, kenangilah saat-saat indah percintaan yang pernah dilalui kerana `tidak semua percintaan berakhir dengan perkahwinan’ itulah ketentuan takdir walaupun ianya pahit sebagai hambaNya harus kita terima dengan penuh keredhaan dan kesabaran… 

8.Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu.

Jumaat

Koleksi Mutiara Kata Part 3

Koleksi Mutiara Kata Pilihan

1.Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. 

2.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. 

3.Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

4.Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

5.Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu. 

6.Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

7.Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

8.Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

9.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

10.Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Ahad

Koleksi Mutiara Kata Part 1

Koleksi Mutiara Kata Pilihan 

1.Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika da masih tetap peduli padanya.

2.Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

3.Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan.Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

4.Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

5.Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.

6.Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

7.Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan,karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

8.Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

9.Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itu pula.Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyalut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.

10.Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu..

Jumaat

Puisi Ketika Cinta Bertasbih Unuk Kelantan


Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang 
Cukup Indah Namamu
Seindah Negerimu
Duhai
Wajahmu Nan Indah
Persis Jeddah
Yang Ku Pernah Lewati
Taat Menjungjung Al-Quran
Teguh Menggalas Syariah
Yang Tidak Pernah Goyah
Tersentuh Hati Kudus Ku
Lantaran Aku Disini
Biar Tidak Pernah Ku Duga
Bertemu Seorang Ulama
Yang Dicintai Rakyatnya
Lalu...
Kuntum Rindu Yang Lama Tersimpan
Terubat Jua Akhirnya
Biar Sekelumit Cuma
Beruntung Rakyatnya
Menumpang Teduh Seorang Ulama
Yang Lembut...Tapi Tegas Beribadat
Yang Pengasih...Namun Tidak Goyah
Pada Percikkan Kealpaan Dunia
Pasti Aku Merindui Mu Lagi
Entah Kapan Bisa Diubati
Cuma Setulus Doa Bisa Ku Tiup Buatmu
Moga Sejahtera Selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga Kita Bertemu Kembali

Ciptaan :
Oki Setiana Dewi

Ahad

Pengertian Apa Itu Cinta


Jum kita sama-sama memahami pengertian Apa Itu Cinta,ya..setiap orang mempunyai penilaiannya dan pemahamman yang tersendiri,berbeza-beza terhadap Cinta seperti Siti Nurhaliza dengan Cinta Luar Biasanya.Walauapapun mari kita sama-sama memahami  Apa Itu Cinta.


Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni,bunyinya agak lawak tapi itulah hakikatnya.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.


Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

Rabu

Cinta Kura-Kura


Poster Filem Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura,apa dia cinta kura-kura?hahaha..cinta kura kura adalah judul terbaru filem melayu 2012 arahan Nizam Zakaria dibawah Syarikat Terbitan KRU Studios Sdn. Bhd.Selain daripada Tiz dan Aeril, filem ini turut dibintangi Zizan Razak (Raja Lawak), Shy8, Fizz Fairuz, Fara Fauzana, Munir, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.Mungkin anda ingat filem cinta kura-kura ni adalah kisah percintaan antara dua kura-kura bukan?Kalau nak tahu kisahnya teruskan membaca entri selanjutnya..


Heroin Filem Cinta Kura-Kura Tiz Zaqyah

Cinta Kura-Kura ni lebih kurang cinta muka buku lagu najwa tula.Ia mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.


Srenshot Nizam Zakaria Dan Tiz Zaqyah Dalam Filem Cinta Kura-Kura

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi (lawak) ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Hero filem Cinta Kura-Kura Aeril Zafrel

Kalau anda seorang kaki filem jangan lupa saksikan filem Cinta Kura-Kura yang akan mula di tayangkan bermula 01 Mac 2012 ni,itu pun kalau anda minatla saya syorkan je,tapi nampak macam menarik je ceritanya.Ni link page facebook Cinta Kura-Kura facebook cintakura kura dan ni pulak link  trailer filem Cinta Kura-Kura : Cinta Kura-Kura

Selasa

Cinta Madu Dan Racun




Gambar Contoh

CINTA-ya...cinta,bukan cinta muka buku saya percaya anda juga tahu dan pernah merasai apa itu CINTA,ha..kalau kalau tak pernah merasai apa itu cinta kena tengoklah cerita Ombak Rindu.Sememangnya jatuh cinta merupakan perkara yang mudah tapi apabila putus cinta,melupai seseorang yang pernah kita cintai amatlah perit dan menderitakan terutamanya bagi seseorang yang telus dalam cinta sepertimana dalam satu madah yang berbunyi Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksirnya, sejam untuk menyukainya dan sehari untuk mencintainya tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk kita melupainya,kira cinta terakhir la tu.


Gambar Contoh 

Benar cinta itu indah,terlalu indah untuk kita tafsirkan.Bila perasaan cinta mula berputik semuanya indah belaka sehingga pahit boleh jadi semanis madu,sepertimana sebuah lagu berkata manis...masa bercinta dan Siti Nurhaliza menyimpulkannya dalam lagunya seribu kemanisan.Sememangnya sudah sedia maklum masa dalam percintaan semangat kita terlalu kuat,kenyakinan diri melonjak tinggi,kehidupan penuh bermakna dan dunia bagaikan milik berdua tiada yang lain selain cinta sang pencinta.



Gambar Contoh

Namun nada cinta semanis madu bisa menjadi racun pujangga yang berbisa apabila bibit-bibit cinta yang dibina mula binasa.Dunia bagaikan neraka yang terlalu kejam dan kehidupan bagaikan tak bermakna,hayat bagaikan ingin dilahirkan badan.Bagi yang kuat semangat saat inilah merupakan masa untuk kita mengetahui dan mengenali siapa diri kita.Kesimpulannya cinta itu MADU dan RACUN bila bercampur menjadi ASAM KEHIDUPAN.